Age of Empires (permainan video)
Age of Empires (permainan video)

Age of Empires (permainan video)

Age of Empires (AoE; Jawi: ‏ءيج ءوف ايمڤايرس‎‎; Melayu: lit. Zaman Empayar) ialah satu permainan video strategi masa nyata berdasarkan sejarah, yang dikembangkan oleh Ensemble Studios dan diterbitkan oleh Microsoft, dan permainan pertama dalam siri Age of Empires. Permainan ini menggunakan Genie, satu enjin permainan berasaskan peperi 2D. Permainan ini membolehkan pengguna bertindak sebagai pemimpin suatu tamadun kuno dengan memajukannya selama empat zaman (Batu, Alat, Gangsa, dan Zaman Besi), memperoleh akses kepada unit baharu dan lebih baik dengan setiap kemajuan.Awalnya disebut-sebut sebagai kacukan permainan video Civilization dan Warcraft, beberapa pengulas merasakan bahawa permainan gagal memenuhi harapan ini ketika dilancarkan. Walaupun begitu, ia mendapat ulasan umum, dan paket tambahan, berjudul The Rise of Rome, dilancarkan pada tahun 1998. Kedua-dua Age of Empires yang asli dan pek tambahan kemudian diterbit sebagai "The Gold Edition" (Edisi Emas). Satu permainan susulan, Age of Empires II, diterbitkan pada tahun 1999. Age of Empires: Edisi Definitif, versi permainan yang dibuat semula, dilancarkan pada 20 Februari 2018.

Rujukan

WikiPedia: Age of Empires (permainan video) http://www.ageofempires.com/ http://www.allgame.com/cg/agg.dll?p=agg&sql=1:714 http://artho.com/age/lag.html http://cdmag.com:80/articles/017/163/best_of_year.... http://www.cdmag.com:80/articles/009/198/top_20_de... http://www.cdmag.com:80/news/oldnews1.html http://www.computerandvideogames.com/article.php?i... http://www.ensemblestudios.com/Games/AgeOfEmpires/... http://www.gamasutra.com/features/20031126/carless... http://www.gamecenter.com/News/Item/0,3,0-2190,00....